Semoga para pembaca sekalian diberkati Allah S.W.T.. Harinie sepatutnya study dari pagi tapi macam-macam kerja lain yang dibuat.. (^^') Hari ni saya nak kongsi petikan surah Al-Baqarah ayat 264 yang bila kita baca macam pernah jadi dekat diri kita.. Masya Allah betapa peringatan dan pengajaran untuk setiap kejadiaan telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Semuanya sebenarnya Allah telah pun tulis dan beritahu pada kita cuma hanya kita saja yang nak amik tau atau tak.. =D
Surah Al-Baqarah (sapi betina):264
Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.
Al Baqarah 264
Kadang-kadang bila duduk dekat kedai makan, lepak-lepak dengan kawan, pegi pasar malam, depan rumah malah dalam kereta seringkali sekiranya kita bertuah maka mungkin akan ada hamba2 Allah yang memohon sedekah kita.. Tapi kita seringkali lupa.. kita rasa ianya bebanan buat kita.. Ya Allah.. betapa kita sering lupa bahawa segalanya Allah pinjamkan sebentar buat kita.. Kita lupa betapa besar nikmat syurga.. kita lupa sedekah lah yang boleh membantu kita sekiranya jasad tidak lagi bernyawa.. Ya Allah.. Ya Allah..
Dan kawan-kawan sekalian.. mungkin kita antara sedar atau tidak.. seringkali kadang-kadang kita mempersoalkan orang yang memohon sedekah itu.. contohnya " nie ade agent nie" "nie mmg saja nak minta sedekah nie padahal mampu pegi keje" etc.. Astafirullahalazim.. kita alpa.. kita lupa.. kita lalai..
Oleh itu, melalui ayat ini sebenarnya Allah telah memberi peringatan dekat kita semua terlebih dahulu supaya kita semua tidak menghilangkan pahala sedekah dekat menyebut-nyebut atau menyakiti perasaan penerima.. Semoga kita semua sentiasa memperbaiki diri untuk bekalan yang lebih penting untuk masa akan datang.. InsyaAllah..





